Saturday, December 12, 2009

Aktiviti 13 :Berdasarkan kursus psikologi pendidikan/ kaedah mengajar / pentaksiran pembelajarn
a)Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna/diadaptasi bagi setiap masalah
b)http://tip.psycholo gy.org/theories. html
c)Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian
d)Mesti selaras dengan penyataan masalah dan tujuan/objektif /soalan kajian
e)2 kumpulan bentang .

Tajuk Mini Kajian Tindakan :
Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Matlamat Kajian :
Meningkatkan Pemahaman Pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Objektif Kajian :
1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup melalui peratusan markah mengikut ujian yang diberikan oleh guru.

2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup menggunakan kaedah power point.

Persoalan Kajian :
1. Adakah teknik atau kaedah penyoalan akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?

2. Bagaimanakah kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?

Perkembangan yang pesat dalam dunia teknologi and komunikasi telah menyumbang
secara langsung kepada proses pembelajaran and pengajaran. Pemanfaatan teknologi boleh ditafsir melalui kaca mata teori kognitif pembelajaran menggunakan multimedia (Mayer, 2001)dan teori pembelajaran fleksibil (Spiro et al., 1992).

Penmanfaatan teknologi untuk tujuan pendidikan telah menjadi menyumbang kepada
kemunculan beberapa istilah yang mengambarkan sejauh mana teknologi tersebut telah
digunakan. Sebagai contoh istilah-istilah seperti Instuksi Berbantukan komputer (CAI),
Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL), Latihan Berbantukan Komputer (CBT),
dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (CALL). Istilah CALL telah dirumus
khusus untuk merangkumi bidang pemanfaatan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan
bahasa atau lebih khusus pembelajaran dan pengajaran.
Kerangka Teori Pengajaran Berbantukan Komputer
Terdapat beberapa teori yang boleh diguna pakai untuk tujuan menjadikan pengajaran
berbantukan komputer lebih emprikal dan disandarkan kepada bukti-bukti yang diasaskan
oleh pengalaman dan kajian-kajian yang mendalam dalam bidang tersebut. Dua teori diutarakan untuk menjelaskan proses pengajaran iaitu; teori pembelajaran multimedia (Mayer, 2001), dan teori pembelajaran fleksible (Spiro et al., 1992). Berdasarkan kepada teori tersebut maka terbinalah teori pembelajaran multimedia yang mempunyai asas-asas seperti berikut:

• Prinsip multimedia, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan gambar dipersembahkan seiringan berbanding dengan persembahan dengan hanya
menggunakan perkataan sahaja.
• Prinsip imbangan spatial, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
gambar dipersembahkan berdekatan antara satu sama lain berbanding dengan
persembahan yang menjarakkan jauh antara kedua-dua elemen tersebut
• Prinsip imbangan masa, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika perkataan dan
gambar dipersembahkan serentak berbanding dengan persembahan yang
mendahulukan salah satu antara keduanya secara berasingan
• Prinsip perkaitan, iaitu pembelajaran akan lebih efektif jika unsur-unsur seperti
perkataan, gambar, dan suara yang tiada kaitan dengan tajuk persembahan
dikeluarkan berbanding dengan kemasukan unsur-unsur tersebut dalam
persembahan.
• Prinsip modaliti, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi dan cerita dalam bentuk
teks tertera
• Prinsip ulangan, iaitu pembelajan akan lebih efektif melalui persembahan animasi
dan cerita suara berbanding dengan persembahan animasi, cerita suara dan cerita
dalam bentuk teks tertera
• Prinsip perbezaan individu, iaitu pembelajaran melalui multimedia adalah lebih
efektif atas pelajar yang berkebolehan spatial tinggi berbandingan pelajar yang
berkebolehan spatial rendah, juga lebih efektif atas pelajar yang berpengetahuan
rendah berbanding pelajar yang berpengetahuan tinggi.

Aktiviti 12 : Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan penyataan masalah, tujuan,objektif kajian

Aktiviti 11 : Berdasarkan 3 jurnal
a)Apa penyataan masalah dalam kajian?
b)Bagaimana mereka melapor penyataan masalah
c)Bincang , bentang 2 kumpulan dan lapor dalam blog
Journal 1
Knowing The Text, Knowing The Learner : Literature Discussions with Fifth Grade Stuggling Readers

Kristen Celani
Jefferson Country Public Schools
Louisville, KY

Ellen Mclntyre
Elizabeth C. Rightmyer
University of Louisville

Tujuan artikel adalah untuk menyatakan tentang kajian tindakan mengenai kepelbagaian bentuk perbincangan bagi pelajar tahun lima yang bersekolah di kawasan Bandar. Perkara yang dibincangkan adalah mengenai tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan mengekalkan perbualan antara guru dan pelajar termasuklah andaian mengenai bahan bacaan dan tindak balas yang di sokong oleh bahan bacaan, personal dan pengetahuan sedia ada. Dapatan kajian menunjukan perbincangan dari segi kaitan tindak balas segera oleh guru, sejarah dan fokus kepada seseorang pelajar.

Penyataan Masalah
Kajian ini dijalankan kerana pengkaji mendapati pelajar tidak memahami apa yang mereka baca tentang bahan bacaan mereka.
Metodologi Kajian
Kajian ini di jalankan di Clarkman Elementary School. 85% populasi di tempat itu menyertai kajian ini di mana 50% daripadanya adalah dari Amerika Afrika dan 13% lagi adalah menggunakan English sebagai bahsa kedua.
Kajian ini dijalankan oleh seorang guru bernama Kristen’s yangtelah mengajar selama 5 tahun di sekolah tersebut. Kristen’s menjalankan kajian ini kepada 5orang pelajar di sekolah tersebut iaitu kanya, shondra, Jeremy, dequan dan tanisha
Kaedah
Kajian ini dijalankan dengan merekodkan suara ke dalam tape mengenai perbincangan dan refleksi kajian Kristen’s kepada pengulangan tiga buah buku. Buku pertama ialah Junebug (Mead, 1995), buku kedua ialah The friendship (Taylor, 1987) dan buku ketiga ialah The Diary of Chickabiddy Baby (Kallok, 1999).
Setiap satu perbincangan buku akan direkodkan dalam audio tape dan akan di transkipkan sebagai data kedua.


Analisis
Pertama sekali, Kristen’s mengkodkan bentuk percakapan guru termasuklah cara permulaan perbualan, tindakan segera guru, penyoalan dan tindak balas guru terhadap tindak balas pelajar. Kemudian, tindak balas pelajar akan di rekodkan.
Akhirnya, Kristen melihat kembali setiap kod dan contoh. Dia mendapati bahawa sesetengah perbincangannya menunjukkan “perkembangan” yang lebih daripada yang lain; yang mana, sesetengah perbincangan mengambil masa yang cukup panjang untuk ditafsirkan atau dibincangkan oleh ahli kumpulan. Dengan itu, Kristen meneliti layanan dan tindakbalasnya terhadap pelajar. Untuk itu, jenis dan jumlah layanan guru bagi setiap pelajar dikira dan dicartakan oleh pelajar tebabit. Dua dapatan awal menjadi semakin jelas: pertama, sesetengah perbincangan lebih berkembang dari sesetengah yang lain, dan kedua, dan paling penting, layanan/tindakan dan penyoalan tertentu kepada pelajar juga merupakan factor penyumbang.

Journal 2
Angaging Children with useful words : Vacabulary Instruction in a Third Grade Classrooms
Lynn Cohen
Long Island Universiti, C.W Post

Katherine Byrness
Great Neck Public Schools

Kajian tindakan ini menyiasat mengenai 2 perbezaan antara kaedah pendidikan untuk pelajar tahun tiga mengenai pemerolehan perbendaharaan kata. Penelidikan ini dilakukan dengan menyuruh pelajar membaca buku dengan kuat yang mana dalam buku tersebut mengandungi perbendaharaan kata dengan strategi pembelajaran perkataan secara terus dan di bandingkan dengan pendekatan tradisional menggunakan pelajar 12 bilingual dan 4 monolingual. Keadah yang digunakan adalah terhad untuk enam perkataan seminggu untuk empat minggu berturut-turut. Dapatan kajian mencadangkan yang pelajar-pelajar menggunakan lebih banyak perkataan sasaran dalam komunikasi oral dan penulisan apabila mengadakan straregi pembelajaran perkataan.

Metodologi Kajian
16 pelajar tahun tiga, 6 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki di gunakan sebagai respondend di dalam kajian ini.
Lima pelajar menerima arahan tambahan untuk mengekalkan tahap pembacaan mereka. Ini penting untuk kajian tindakan penyelidik kerana pelajar yang memasuki tahun empat dengan kurang perkataan bermakna menunjukkan peningkatan masalah dalam pembacaan pemahaman, walaupun mereka mampu mengenali dan mantafsirkan perkataan dengan lancar.

Pernyataan masalah
Kajian ini dilaksanakan kerana kurangnya penguasaan perbendaharaan kata oleh pelajar tahun tiga tambahan lagi bagi pelajar yang menguasai pelbagai bahasa.
Kaedah
Pengkaji menggunakan buku yang terpilih dalam menjalankan kajian kepada pelajar. Antara bukunya ialah Thank You, Mr. Falker (Polaco, 1998), The Nama Jar (Choi, 2003), Mailing May (Tunnell, 2000) dan Mirette On the High Wie ( Mc Cully, 1997). Buku-buku ini tidak pernah di baca oleh pelajar-pelajar semasa waktu pembelajaran di sekolah. Pelajar perlu memahami perkataan-perkataan di dalam buku untuk meneruskan pembelajaran selanjutnya.
Kajian ini di jalankan selama 10 minggu dan menggunakan pendekatan secara arahan antara dua kumpulan yang berlainan. Kumpulan pertama, penyelidik meberi arahan sambil bercerita kepada pelajar-pelajar, mereka akan membaca buku tersebut selama seminggu dan member masa kepada pelajar agar boleh berbincang. Penyeldik memberi masa selama tiga hari kepada pelajar untuk strategi pelajar belajar perkataan. Untuk kumpulan kedua, yang dikenali sebagai kumpulan tradisional, tidak di latih untuk membaca secara kuat dan di beri lembaran kerja pada setiap hari untuk di siapkan selama empat hari dalam seminggu. Mereka mempunyai peluang untuk berinteraksi social dan bekerja degan pasangan untuk menelesaikan kerja.


Jounal 3
Using Technology in Social Studies Classroom : The Journey of Two Teacher
Vivian H. Wright
Elizabeth K. Wilson
University of Alabama

Kajian ini dijalankan untuk memeriksa pandangan dan latihan oleh dua orang guru yang menyertai dalam penggunaan teknologi semasa perkhidmatan mereka sebagai guru. Hasil kajian ini memaparkan kesamaan dan pembezaan mengenai penggunaan teknologi yang di gunakan oleh mereka dalam tiga fasa pembinaan iaitu arahan kaedah, pengajaran pelajar, dan perkhidmatan guru lepasan ijazah. Dapatan kajian ini mendapati kedua-dua guru meneruskan penggunaan teknologi yang mereka telah modelkan semasa dalam persiapan menjadi guru, pembentukan professional yang konsisten perlu dalam pembentukan baru dan strategi teknologi yang inovatif. Kedua-dua guru konsisten menggunakan teknologi untuk pengurusan kelas, dan mencadangkan guru perlu meneroka petensi kaedah pengajaranboleh menjadikan kelas yang mempunyai teknik pengurusan yang positif.


Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan menerusi tiga fasa perkembangan iaitu:
a) Pengalaman semasa pra perkhidmatan sebagai guru
b) Pengalaman mengajar pelajar
c) Dalam perkhidmatan mengajar

Kaedah
Semasa di fasa pertama dan kedua kajian, respondent akan melangkapkan kaji selidik . Dalam kaji selidik tersebut menanyakan tentang nilai teknologi dalam pembelajaran social dan bagaimana mereka meliha portfolio elektronik sebagai suatu proses untuk meningkatkan kemahiran teknologi. Pemerhaatian tehadap kelas dan kaji selidik di jalankan semasa fasa kedua dan ketiga.



Aktivti 10 : Berdasarkan buku yang anda baca
a)Bincang tentang "mengenalpasti masalah kajian tindakan.
b)Bentang 2 kumpulan dan laporkan dalam blog


BUKU : Doing Teacher Research : From Inquiry to Understand
PENULIS : Donald Freeman

Berdasarkan model kajian tindakan tersebut, di dalam proses mengenalpasti masalah terdiri dari 2 elemen iaitu pengkajian dan persoalan/teka-teki.


(1) Pengkajian (inquiry)


Mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku @ tidak berlaku dengan lebih mendalam berkenaan dengan pelajar, guru, P&P dan sebagainya. Pengkaji akan mengkaji sebab musabab sesuatu perkara yang ingin dikaji.


(2) Persoalan / Teka-teki


Merupakan satu cara untuk mewujudkan satu pertanyaan tentang kajian dan berkaitan dengan elemen (1). Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian atau bentuk kajian kerana pengkaji yang mereka soalan tersebut. Manakala teka-teki pula (puzzle), ia adalah sesuatu isu yang tidak ada kepastian atau sesuatu isu yang masih belum ada penyelesaiannya lagi.

No comments:

Post a Comment