Aktiviti 1 : Tugasan 1 (Buku)
Buku 1 : Doing Teacher Research-From Inquiry to Understanding (Donald Freeman)
Buku 2 : Action Research Essentials (Dorothy Valcarcel Craig)
Apa itu kajian tindakan?
Kajian tindakan adalah berasaskan komuniti. Ia termasuklah komuniti dalam bilik darjah, tahap-tahap dalam darjah, sekolah, atau seluruh sistem persekolahan.
Secara spesifik, kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak mengkaji aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam sesuatu situasi tertentu. Guru dan pihak lain seperti masyarakat dapat bekerjasama dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk membuat kajian yang sistematik dalam memperbaiki sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah.
Kajian tindakan perlu proaktif dan reaktif. Proaktif adalah mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin akan berlaku. Reaktif pula ialah mengkaji masalah yang telah sedia ada. Kedua-dua proaktif dan reaktif ini melibatkan cirri-ciri mengnalpasti masalah, refleksi dan penambahabaikkan yang bertuerusan.
Kajian tindakan ialah suatu cara guru untuk memperbaiki cara pengajaran mereka. Kaedah biasa untuk meningkatkan keadaan dan amalan di dalam bilik darjah dan juga pengamal lain yang berasaskan persekitaran seperti pentadbiran, kepimpinan, sosial, dan pembangunan masyarakat.
Selain itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru bertujuan untuk menyesuaikan dan membentuk semula bidang pengajaran sosial serta kerja-kerja perguruan.
BUKU : Doing Teacher Research : From Inquiry to Understand
PENULIS : Donald Freeman
Kajian Tindakan
Kajian tindakan adalah satu kajian yang dilakukan secara berterusan yang bertujuan untuk menambahbaik atau memperbaiki p&p, disamping bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat luar, untuk mempengaruhi atau memberi cadangan kepada penambahbaikan ke atas polisi pendidkan serta mencipta satu ilmu yang baru.
Model Kajian Tindakan
THE TEACHER - RESEARCH CYCLE
Terdapat 6 elemen di dalam model ini iaitu pertanyaan, soalan / teka-teki, pengumpulan data, analisis data, memahami dan membentangkan. Lingkaran bulatan membawa maksud berlakunya satu proses yang berlaku secara berulang-ulang. Kajian boleh bermula di mana-mana point (antara 1-6), walau bagaimanapun untuk point 1-5, ia merupakan maklumat rahsia bagi seorang pengkaji kerana hanya dapatan kajian sahaja yang boleh dibentangkan.
(1) Pertanyaan (inquiry)
Mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku @ tidak berlaku dengan lebih mendalam berkenaan dengan pelajar, guru, P&P dan sebagainya.
(2) Soalan / Teka-teki
Merupakan satu cara untuk mewujudkan satu pertanyaan tentang kajian dan berkaitan dengan elemen (1). Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian atau bentuk kajian kerana pengkaji yang mereka soalan tersebut. Manakala teka-teki pula (puzzle), ia adalah sesuatu isu yang tidak ada kepastian atau sesuatu isu yang masih belum ada penyelesaiannya lagi.
(3) Pengumpulan Data
Satu proses mengumpul maklumat secara sistematik dan mesti berkaitan dengan elemen (2).
Apakah bentuk data yang respon kepada soalan?
Data merupakan gabungan antara maklumat + di mana maklumat diperolehi.
Sebagai contoh: Kerja sekolah tersebut sangat susah.
Maklumat adalah sangat susah dan sumber maklumat adalah mungkin dari pelajar, guru, aktiviti, isi kandungan dan setting. Pelajar dan guru adalah sumber maklumat dalaman (pendapat, perasaan, kepercayaan dll), manakala aktiviti, isi kandungan dan setting pula adalah maklumat luaran.
Bagaimana untuk mengumpul data?
Data adalah maklumat dari sumber dan cara untuk mengumpul data terdapat dalam pelbagai cara.
· Guru
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, laporan
· Pelajar
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, kaji selidik, temuduga, perbincangan, respon
· Aktiviti
Data – tindakan, percakapan, interaksi sosial, hasil kerja
Cara – rakaman audio dan video, nota, buku log, dokumen
· Setting
Data – imej visual kelas, diagram, fakta, sejarah
Cara – nota, rakaman video, dokumen
Dari siapa data dikumpul? (Sampel Kajian)
Peserta dipilih dalam satu kumpulan yang besar (5 kelas 150 orang) dan kemudian buat satu kumpulan kecil (30 orang) yang dipilih secara rawak supaya adil dan dijadikan sampel kajian. Data yang sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari data yang banyak tetapi tidak berkualiti yang penting mestilah tepat.
Di mana data dikumpul? (Setting Kajian)
Di dalam atau di luar kelas.
Bila dan berapa lama data dikumpul?
Data dikumpul bergantung kepada keadaan pengkaji maksudnya semasa kelapangan pengkaji supaya pengkaji tidak terganggu dengan aktiviti-aktiviti lain. Berapa lama dikumpul pula bergantung kepada disiplin pengkaji dimana pengkaji perlu merancang tempoh masa yang ditetapkan untuk mengumpul data dan pastikan rancangan tersebut dilaksanakan ikut jadual.
Apa yang perlu dibuat dengan data?
Selepas data dikumpul, pengkaji perlu melihat dan menilai secara rawak (first-cut analysis) sebagai persediaan untuk proses seterusnya iaitu analisis data dan sebagai persediaan untuk memastikan sama ada data yang diperolehi mencukupi atau tidak.
(4) Analisis Data
Merupakan satu proses untuk melihat hubungan antara data dengan elemen (2). Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat melihat makna data secara kasar dan mungkin boleh membuat perancangan alternatif lain atau andaian lain. Terdapat 4 aktiviti iaitu bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan tetapi penyusunannya bergantung kepada bentuk kajian/soalan. Terdapat 2 pendekatan iaitu analisis data asas dan analisis data utama. Analisis data asas bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan. Manakala analisis data utama bermula dengan mengelaskan, mempamerkan, kata kunci (konsep) dan mencari hubungan serta mempamerkan semula.
(5) Memahami
Merupakan satu proses untuk membuat interpretasi, pandangan, perspektif bekenaan dengan elemen (2) dan dapat disimpulkan melalui proses kajian. Dalam proses ini pengkaji dapat memahami apa yang dipelajari dan bagaimana mempelajarinya serta pengkaji dapat mengenalpasti sama ada perlunya kajian lain dilakukan.
(6) Membentangkan
Pengakaji menyampaikan dan memberitahu hasil kajiannya kepada orang lain melalui perbincangan, pembentangan, media atau buku. Kebaikannya adalah dapat meningkatkan kemahiran menulis pengkaji, berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang hasil kajian yang dijalankan, mencipta satu ilmu yang baru, mempengaruhi polisi pendidikan dan memperbaiki P&P.
No comments:
Post a Comment