Saturday, November 7, 2009

Tugasan Kelas : Nota

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.


Pengembangan Profesionalisme Guru

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.

Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.


Model Kajian Tindakan

1. Model Kajian Stephen Kemmis (1988)

Rajah 1 : Model Kajian Stephen Kemmis (1988)



Idea tentang kajian tindakan berasaskan daripada konsep asal “Lewin’s”, tetapi beliau telah mengembangkan dengan membuat seidikit tambahan. Model ini digunakan dalam konteks pendidikan menggunakan konsep “Kajian Tindakan Pendidikan”. Dalam Rajah 1, menunjukan sedikit sebanyak tentang model atau skima yang telah dikemukan olehnya.

GELUNG 1
TINJAUAN AWAL
1. Pengumpulan data awal bagi mengesahkan & mengenalpasti isu sebenar
2. Mengenalpasti fokus isu yang menjadi keprihatinan

REFLEK
Muhassabah/Mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri

BERTINDAK
Melaksana tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi focus.

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.

MERANCANG
Merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi/difokus mengatasi masalah yang menjadi focus

GELUNG 2

MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI


2. Model Kajian Stringer (2004)

Rajah 2 : Model Kajian Stringer, 2004

Dalam model Stringer (2004), terdapat lima fasa untuk melaksanakan kajian tindakan. Bermula dengan peringkat pertama iaitu merebentuk kajian yang ingin dilakukan, kedua mengumpul data sampel kajian, ketiga menganalisis data kajian, keempat menganalisis hasil dapatan kajian dan ahkirnya mengambil tindakan diatas kajian yang telah dilakukan. Rajah 2 menunjukkan dengan lebih jelas mengenai Model Kajian Stringer.


3. Model Kajian Somekh (1989)



Rajah 3 : Model Kajian Somekh


Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989 berbanding dengan model Stringer yang hanya mempunyai lima langkah. Pada langkah pertama, guru perlu mengenalpasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati. Di langkah dua, guru perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah yang ke tiga. Pada langkah keempat, guru perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan seterusnya menumpul data untuk mengesahkan perubahan pelajarnya. Di langkah yang ke tujuh, guru perlu menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah ke putaran seterusnya. Rajah 3 menunjukan model Somekh dengan lebih jelas.


4. Model Emily Calhoun, 1994

Rajah 4 : Model Kajian Emily Calhoun

Model ini memerlukan guru bermula dengan memilih atau mengenalpasti masalah yang ingin dikaji. Seterusnya melibatkan proses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang dikaji, kemudian memproses data dan menganalisis serta mentafsir data yang diperolehi. Seterusnya proses membuat perancangan iaitu mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil dan melaksanakannya.

No comments:

Post a Comment