Sunday, November 22, 2009

Aktiviti 9 : Objektif umum Mini Kajian Tindakan.

Matlamat Kajian :
Meningkatkan Pemahaman Pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Objektif Kajian :
1. Menilai tahap pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup melalui peratusan markah mengikut ujian yang diberikan oleh guru.

2. Meneroka perubahan minat pelajar terhadap teknik penyoalan mata pelajaran Kemahiran Hidup menggunakan kaedah power point.

Persoalan Kajian :
1. Adakah teknik atau kaedah penyoalan akan mempengaruhi pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?

2. Bagaimanakah kaedah dan teknik penyoalan yang berkesan boleh meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik pembelajaran?

Saturday, November 21, 2009

Aktiviti 8 : Tugasan 4 : Mini Kajian Tindakan.
Cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan.

(Cadangan Diri Sendiri)
• Pihak sekolah dan pihak yang berkenaan perlu memastikan yang setiap sekolah perlulah menyediakan prasarana yang lengkap seperti bilik computer untuk kegunaan guru.

• Guru perlu kreatif dalam menghasilkan power point yang menarik dan boleh menarik minat pelajar

(Cadangan Ahli Kumpulan)
• Pihak sekolah perlu menghantar atau menganjurkan kursus-kursus asas computer untuk guru-guru sekolah.

• Guru perlu menyediakan BBM yang lain untuk membatu dalam proses P&P

(Cadangan Orang Luar)
• Pelajar perlu menjawab soalan secara bertulis diatas kertas.

• Guru perlu mempunyai kemahiran computer dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai computer.



Aktiviti 7 : Mini Kajian Tindakan
Kelemahan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point. Antaranya ;

(Pengamatan Diri Sendiri)
• Tidak semua sekolah mempunyai kemudahan computer yang lengkap untuk kegunaan guru dalam aktiviti P&P.

• Pengolahan power point yang kurang menarik yang boleh menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar

(Pengamatan Ahli Kumpulan)
• Guru-guru tidak mempunyai kemahiran untuk menggunakan computer dan power point.

• Ketiadaan elektrik akan menyebabkan proses P&P akan terganggu.


(Pengamatan Orang Luar)
• Penggunaan power point akan menyebabkan pelajar malas untuk menulis

• Gangguan masalah teknikal seperti ancaman virus, sistem operasi computer yang tidak menyokong power point seperti video.

Friday, November 20, 2009

Aktiviti 6 : Mini Kajian Tindakan
Kelebihan penggunaan Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point. Antaranya ;

(Pengamatan diri sendiri)

• Teknik penyoalan adalah merupakan kaedah yang terbaik dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam kemahiran hidup. Selain itu, dengan menggunakan teknik ini, pelajar akan memberikan tumpuan yang penuh kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

• Selalunya, di sekolah kini guru akan menggunakan kaedah penyoalan secara lisan atau berbentuk kertas ujian atau lembaran kerja. Oleh itu, penggunaan perisian power point akan membawa keluar rasa kebosanan pelajar dengan kaedah tradisonal yang sering digunakan oleh guru dengan menggantikannya dengn penggunakan power point.

(Pengamatan Ahli Kumpulan)

• Kaedah penyoalan menggunakan power point akan menarik minat pelajar dalam memahami topik pembelajaran mereka.

• Teknik penyoalan secara power point adalah merupakan satu kaedah yang menjimatkan masa dan kos.

• Selaras dengan perkembangan dunia sains dan teknologi maklumat zaman ini.

(Pengamatan Pendapat Luar)
  • Penggunaan power point ini akan meningkatkan pemahaman pelajar dengan lebih jelas.
  • Dapat meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik penyoalan yang pelbagai kerana penggunaan animasi, video dalam penyoalan.

Saturday, November 14, 2009

Aktiviti 5 : Tugasan 1 Buku & Tugasan Mini Kajian Tindakan

Mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Guru pelatih

•Untuk mendapatkan gambaran awal tentang dunia sebenar pendidikan di sekolah.
•Untuk menambahkan ilmu tentang dunia pengajaran dan pembelajaran yang akan dilalui.
•Untuk memahami pendekatan kajian tindakan yang dijalankan secara natural (kualitatif) dan bukan berasaskan kepada ekperimen yang melibatkan penyelidikan kuantitatif.
•Untuk melihat, memahami dan mengaplikasikan kajian tindakan secara asas.

Guru Novis (guru baru)

•Untuk menkaji dan mendapatkan cara terbaik dalam kaedah pengajaran dan pembejaran yang mereka gunakan.
•Untuk melihat kaedah yang terbaik bagi meningkatkan pemahaman pelajar kepada topik atau matapelajaran yang diajar.
•Untuk menyedarkan guru tentang di mana tahap sebenar keberkesanan kaedah pengajaran mereka.
•Untuk menarik minat pelajar dalam jangka masa panjang terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
•Dapat menyelesaikan masalah sendiri.

Guru Berpengalaman

•Menyelesai masalah profesional tanpa merujuk arahan luar.
•Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan rutin yang sama.
•Menggalakkan guru berkongsi pengalaman dengan guru-guru novis.
•Guru mempunyai lebih kepuasan bekerja dalam usaha menyumbang ke arah pengetahuan baru yang lebih maju mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
•Proses pengembangan ilmu dan hasil dapatan kajian boleh di dokumentasikan bagi rujukan guru-guru lain.

Kajian Tindakan adalah satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan sendiri. Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai itu data dikumpul untuk dijadikan panduan mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan.


Mengapa anda ingin melakukan tajuk yang dipilih untuk mini kajian anda?

Tajuk Mini Kajian Tindakan : Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.

Tajuk ini menjadi pilihan kerana :
1. Untuk meningkatan kefahaman dan minat pelajar untuk belajar subjek Kemahiran Hidup
2. Pelajar akan cepat mengingati mengenai subjek yang diajar apabila menggunakan teknik latihan yang pelbagai.
3. Menjana proses mengingat jangka panjang apabila topic sentiasa diulang dalam bentuk penyoalan.
4. Penggunaan Power Point dapat menjimatkan masa pengajaran.

Aktiviti 4 : Tugasan 4 Mini Kajian Tindakan

Tajuk :Teknik Penyoalan Guru Kemahiran Hidup Dengan Menggunakan Power Point.


Sunday, November 8, 2009

Aktiviti 2 : Tugasan 2, Ulasan Journal
Knowing the Text, Knowing The Learner : Literature Discussions with Fifth Grade Stuggling Reader

Kristen Celani
Jefferson County Public Schools
Louisville, KY
Ellen McIntyre
Elizabeth C. Rightmyer
University of Louisville


Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan mengenai kajian tindakan untuk corak yang terbaik untuk memperkenalkan mengenai perbincangan liturature untuk gred lima disekolah pendalaman. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara yang asas dan interprstasi teks dan sokongan tindakbalas oleh pelajar dan guru melalui tektual, persendirian dan pengetahuan asas. Penemuan hasil kajian ini akan mewujudkan perbincang dalam hubungan promp guru dan tindak balas, pemilihan literature dan pemerhatian kepada pelajar.

Using Technology in the Social Studies Classroom: The
Journey of Two Teachers 1

Vivian H. Wright
Elizabeth K. Wilson
University of Alabama

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti mengenai prespektif dan amalan-amalan antara dua orang guru sekolah menengah sains dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan. Kajian ini memaparkan mengenai perbezaan dan persamaan dalam penggunaan teknologi antaranya menganai penggunaan kaedah dan cara mengajar pelajar.


Engaging Children with Useful Words:
Vocabulary Instruction in a Third Grade Classroom

Lynn Cohen (Long Island University, C.W. Post)
Katherine Byrnes (Great Neck Public Schools)

Kajian tindakan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji mengenai dua perbezaan dalam kaedah pengajaran pembendaharaan kata untuk pelajar tahap tiga. Pelajar diminta membaca buku dengan kuat yang mana buku tersebut yang mempunyai perbendaharaan kata. Perbandingan dibuat diantara penggunaan strategi pembelajajaran secara terus dan pendekataan secara tradisional.

Aktiviti 1 : Tugasan 1 (Buku)
Buku 1 : Doing Teacher Research-From Inquiry to Understanding (Donald Freeman)
Buku 2 : Action Research Essentials (Dorothy Valcarcel Craig)

Apa itu kajian tindakan?

Kajian tindakan adalah berasaskan komuniti. Ia termasuklah komuniti dalam bilik darjah, tahap-tahap dalam darjah, sekolah, atau seluruh sistem persekolahan.

Secara spesifik, kajian tindakan adalah juga satu bentuk kajian gunaan yang bertindak mengkaji aplikasi sesuatu prinsip atau kaedah dalam sesuatu situasi tertentu. Guru dan pihak lain seperti masyarakat dapat bekerjasama dengan menggunakan kepakaran dan pengetahuan mereka untuk membuat kajian yang sistematik dalam memperbaiki sesuatu keadaan dan menyelesaikan masalah.

Kajian tindakan perlu proaktif dan reaktif. Proaktif adalah mengenalpasti masalah-masalah yang mungkin akan berlaku. Reaktif pula ialah mengkaji masalah yang telah sedia ada. Kedua-dua proaktif dan reaktif ini melibatkan cirri-ciri mengnalpasti masalah, refleksi dan penambahabaikkan yang bertuerusan.

Kajian tindakan ialah suatu cara guru untuk memperbaiki cara pengajaran mereka. Kaedah biasa untuk meningkatkan keadaan dan amalan di dalam bilik darjah dan juga pengamal lain yang berasaskan persekitaran seperti pentadbiran, kepimpinan, sosial, dan pembangunan masyarakat.
Selain itu, kajian tindakan yang dilakukan oleh guru bertujuan untuk menyesuaikan dan membentuk semula bidang pengajaran sosial serta kerja-kerja perguruan.


BUKU : Doing Teacher Research : From Inquiry to Understand
PENULIS : Donald Freeman

Kajian Tindakan



Kajian tindakan adalah satu kajian yang dilakukan secara berterusan yang bertujuan untuk menambahbaik atau memperbaiki p&p, disamping bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat luar, untuk mempengaruhi atau memberi cadangan kepada penambahbaikan ke atas polisi pendidkan serta mencipta satu ilmu yang baru.




Model Kajian Tindakan





THE TEACHER - RESEARCH CYCLE



Terdapat 6 elemen di dalam model ini iaitu pertanyaan, soalan / teka-teki, pengumpulan data, analisis data, memahami dan membentangkan. Lingkaran bulatan membawa maksud berlakunya satu proses yang berlaku secara berulang-ulang. Kajian boleh bermula di mana-mana point (antara 1-6), walau bagaimanapun untuk point 1-5, ia merupakan maklumat rahsia bagi seorang pengkaji kerana hanya dapatan kajian sahaja yang boleh dibentangkan.

(1) Pertanyaan (inquiry)
Mengkaji kenapa sesuatu itu berlaku @ tidak berlaku dengan lebih mendalam berkenaan dengan pelajar, guru, P&P dan sebagainya.

(2) Soalan / Teka-teki
Merupakan satu cara untuk mewujudkan satu pertanyaan tentang kajian dan berkaitan dengan elemen (1). Soalan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian atau bentuk kajian kerana pengkaji yang mereka soalan tersebut. Manakala teka-teki pula (puzzle), ia adalah sesuatu isu yang tidak ada kepastian atau sesuatu isu yang masih belum ada penyelesaiannya lagi.

(3) Pengumpulan Data
Satu proses mengumpul maklumat secara sistematik dan mesti berkaitan dengan elemen (2).

Apakah bentuk data yang respon kepada soalan?
Data merupakan gabungan antara maklumat + di mana maklumat diperolehi.

Sebagai contoh: Kerja sekolah tersebut sangat susah.
Maklumat adalah sangat susah dan sumber maklumat adalah mungkin dari pelajar, guru, aktiviti, isi kandungan dan setting. Pelajar dan guru adalah sumber maklumat dalaman (pendapat, perasaan, kepercayaan dll), manakala aktiviti, isi kandungan dan setting pula adalah maklumat luaran.

Bagaimana untuk mengumpul data?
Data adalah maklumat dari sumber dan cara untuk mengumpul data terdapat dalam pelbagai cara.

· Guru
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, laporan

· Pelajar
Data - pengalaman, pendapat, persepsi, percaya
Cara – jurnal, kaji selidik, temuduga, perbincangan, respon



· Aktiviti
Data – tindakan, percakapan, interaksi sosial, hasil kerja
Cara – rakaman audio dan video, nota, buku log, dokumen

· Setting
Data – imej visual kelas, diagram, fakta, sejarah
Cara – nota, rakaman video, dokumen

Dari siapa data dikumpul? (Sampel Kajian)
Peserta dipilih dalam satu kumpulan yang besar (5 kelas 150 orang) dan kemudian buat satu kumpulan kecil (30 orang) yang dipilih secara rawak supaya adil dan dijadikan sampel kajian. Data yang sedikit tetapi berkualiti lebih baik dari data yang banyak tetapi tidak berkualiti yang penting mestilah tepat.

Di mana data dikumpul? (Setting Kajian)
Di dalam atau di luar kelas.

Bila dan berapa lama data dikumpul?
Data dikumpul bergantung kepada keadaan pengkaji maksudnya semasa kelapangan pengkaji supaya pengkaji tidak terganggu dengan aktiviti-aktiviti lain. Berapa lama dikumpul pula bergantung kepada disiplin pengkaji dimana pengkaji perlu merancang tempoh masa yang ditetapkan untuk mengumpul data dan pastikan rancangan tersebut dilaksanakan ikut jadual.

Apa yang perlu dibuat dengan data?
Selepas data dikumpul, pengkaji perlu melihat dan menilai secara rawak (first-cut analysis) sebagai persediaan untuk proses seterusnya iaitu analisis data dan sebagai persediaan untuk memastikan sama ada data yang diperolehi mencukupi atau tidak.

(4) Analisis Data
Merupakan satu proses untuk melihat hubungan antara data dengan elemen (2). Melalui pengumpulan data, pengkaji dapat melihat makna data secara kasar dan mungkin boleh membuat perancangan alternatif lain atau andaian lain. Terdapat 4 aktiviti iaitu bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan tetapi penyusunannya bergantung kepada bentuk kajian/soalan. Terdapat 2 pendekatan iaitu analisis data asas dan analisis data utama. Analisis data asas bermula dengan kata kunci (konsep), mengelaskan, mencari hubungan dan mempamerkan. Manakala analisis data utama bermula dengan mengelaskan, mempamerkan, kata kunci (konsep) dan mencari hubungan serta mempamerkan semula.

(5) Memahami
Merupakan satu proses untuk membuat interpretasi, pandangan, perspektif bekenaan dengan elemen (2) dan dapat disimpulkan melalui proses kajian. Dalam proses ini pengkaji dapat memahami apa yang dipelajari dan bagaimana mempelajarinya serta pengkaji dapat mengenalpasti sama ada perlunya kajian lain dilakukan.

(6) Membentangkan
Pengakaji menyampaikan dan memberitahu hasil kajiannya kepada orang lain melalui perbincangan, pembentangan, media atau buku. Kebaikannya adalah dapat meningkatkan kemahiran menulis pengkaji, berkongsi maklumat dengan orang ramai tentang hasil kajian yang dijalankan, mencipta satu ilmu yang baru, mempengaruhi polisi pendidikan dan memperbaiki P&P.
Tugasan 2 : Ulasan Journal

Journal 1 :
Knowing the Text, Knowing the Learner: Literature Discussions with Fifth Grade Struggling Readers
Kristen Celani
Jefferson County Public Schools
Louisville, KY
Ellen McIntyre
Elizabeth C. Rightmyer
University of Louisville

Sampel Kajian
Sekolah Kemudahan Awam di Bandar “midwestem”
- 85% menggunakan bahasa ibunda.
- 50% berbahasa African American.
- 13% menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Setting Kajian
Sekolah Clarkman Elementary (sekolah pendalaman)

Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan mengenai kajian tindakan untuk corak yang terbaik untuk memperkenalkan mengenai pembangunan kesusasteraan untuk gred lima disekolah pendalaman. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara yang asas dan interprstasi teks dan sokongan tindakbalas oleh pelajar dan guru melalui tektual, persendirian dan pengetahuan asas

Metodologi Kajian
1. Perbincangan literature
Menghuraikan mengenai kesedian pelajar untuk memahami sesuatu keperluan pembelajaran apabila menyertai perbincangan literature.

Teknik Pengumpulan data
Pengumpulan data termasuklah merekod perbincangan dan penyelidik memberi reflex semasa putaran guru. 3 buku telah dipilih untuk dibaca oleh pelajar semasa perbincangan literature yang dibuat selama 20minit.

Analisis Data
Semua rakaman di transkrip dan dikod dan membentukan kod (Miles& Huberman, 2000). Pertamanya, Kristen coded bentuk guru termasuk percakapan, promp guru, pertanyaan guru dan respon guru kepada respon pelajar.

Saturday, November 7, 2009

Tugasan Kelas : Nota

MODEL KAJIAN TINDAKAN

Pengertian Tentang Kajian Tindakan

Kajian Tindakan adalah kajian berbentuk kualitatif. K-ajian kualitatif menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca. Data berbentuk statistik (nombor) juga digunakan tetapi tidak menjadi cacat sesuatu Kajian Tindakan yang tidak menggunakan data berbentuk itu.

Peraturan yang perlu dipatuhi apabila menjalankan Kajian Tindakan ialah keempat-empat langkah asas iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan. Berikut dihuraikan dengan lebih terperinci beberapa perkara asas tentang Kajian Tindakan. Masalah yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan Kajian Tindakan di sekolah dijadikan asas dalam membuat huraian dan cadangan.


Pengembangan Profesionalisme Guru

Kajian Tindakan mengembangkan kemampuan guru sebagai peneroka pengetahuan yang profesional. Guru sebagai seorang profesional tidaklah semata-mata mengamalkan pengetahuan yang dikemukakan oleh orang lain tetapi berupaya merintisjalan bagi menangani pelbagi masalah P&P.

Dalam K.ajian Tindakan, guru sebagai penyelidik mengkaji amalan bekerjanya sendiri serta kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya. Amalan bekerja iaitu amalan mengajar termasuklah cara guru berinteraksi dengan murid, latihan-latihan yang disediakan, gaya penyampaian, soalan-soalan yang digunakan dan sebagainya. Guru menjalankan kajian atas kesedaran bahawa terdapat masalah yang mengganggu proses pembelajaran di kalangan murid-murid yang diajarnya dan masalah itu perlu ditanganinya sendiri.

Apabila seseorang guru mengamalkan Kajian Tindakan beliau perlu melakukan pengubahsuaian amalan P&P secara berterusan sehingga berlaku peningkatan dalam pencapaian murid pada tahap yang jauh lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum kajian dijalankan. Sekiranya pencapaian murid meningkat setelah melakukan aktiviti P&P yang telah dirancang untuk menangani masalah yang wujud, bolehlah dirumuskan bahawa amalan pengajaran guru berkesan. Keberkesanan pengajaran guru meningkatkan kewibawaannya sebagai pendidik dan dengan itu tahap profesionalisme guru itujuga turut meningkat.


Model Kajian Tindakan

1. Model Kajian Stephen Kemmis (1988)

Rajah 1 : Model Kajian Stephen Kemmis (1988)



Idea tentang kajian tindakan berasaskan daripada konsep asal “Lewin’s”, tetapi beliau telah mengembangkan dengan membuat seidikit tambahan. Model ini digunakan dalam konteks pendidikan menggunakan konsep “Kajian Tindakan Pendidikan”. Dalam Rajah 1, menunjukan sedikit sebanyak tentang model atau skima yang telah dikemukan olehnya.

GELUNG 1
TINJAUAN AWAL
1. Pengumpulan data awal bagi mengesahkan & mengenalpasti isu sebenar
2. Mengenalpasti fokus isu yang menjadi keprihatinan

REFLEK
Muhassabah/Mereflek bagi melihat kekuatan dan kelemahan P&P sendiri

BERTINDAK
Melaksana tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi focus.

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.

MERANCANG
Merancang tindakan/intervensi bagi mengatasi masalah yang dihadapi/difokus mengatasi masalah yang menjadi focus

GELUNG 2

MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI


2. Model Kajian Stringer (2004)

Rajah 2 : Model Kajian Stringer, 2004

Dalam model Stringer (2004), terdapat lima fasa untuk melaksanakan kajian tindakan. Bermula dengan peringkat pertama iaitu merebentuk kajian yang ingin dilakukan, kedua mengumpul data sampel kajian, ketiga menganalisis data kajian, keempat menganalisis hasil dapatan kajian dan ahkirnya mengambil tindakan diatas kajian yang telah dilakukan. Rajah 2 menunjukkan dengan lebih jelas mengenai Model Kajian Stringer.


3. Model Kajian Somekh (1989)



Rajah 3 : Model Kajian Somekh


Terdapat lapan langkah dalam model kajian Somekh,1989 berbanding dengan model Stringer yang hanya mempunyai lima langkah. Pada langkah pertama, guru perlu mengenalpasti masalah atau memfokuskan kepada kajian yang diminati. Di langkah dua, guru perlu mengumpul data dan seterusnya menganalisis data atau menghipotesis data pada langkah yang ke tiga. Pada langkah keempat, guru perlu merancang pelan tindakan yang ingin dilakukan dan seterusnya menumpul data untuk mengesahkan perubahan pelajarnya. Di langkah yang ke tujuh, guru perlu menganalisis dan menilai data yang diperolehi dan langkah ke lapan adalah ke putaran seterusnya. Rajah 3 menunjukan model Somekh dengan lebih jelas.


4. Model Emily Calhoun, 1994

Rajah 4 : Model Kajian Emily Calhoun

Model ini memerlukan guru bermula dengan memilih atau mengenalpasti masalah yang ingin dikaji. Seterusnya melibatkan proses pengumpulan data yang berkaitan dengan masalah yang dikaji, kemudian memproses data dan menganalisis serta mentafsir data yang diperolehi. Seterusnya proses membuat perancangan iaitu mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil dan melaksanakannya.

Thursday, November 5, 2009


Tugasan 3 : Laporan Kolokium DPLI Januari 2009



MENINGKATKAN PEMAHAMAN DAN SUASANA PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH PETA MINDA SECARA BERKUMPULAN


DI BENTANG OLEH :
1. HASMALINA BINTI HAMZAH (P48655)
2. HAZWIN DALILA HARRIS (P48603)

Tujuan kajian :
Kajian ini dilakukan adalah untuk menilai sama ada kaedah peta minda dapat:

1. Meningkatkan pemahaman pembelajaran setiap isi kandungan bagi tajuk nutrisi dalam subjek Biologi.

2. Meningkatkan suasana belajar bagi subjek Biologi tingkatan 4 dan mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan serta meningkatkan komunikasi pelajar.

3. Supaya pelajar mudah memahami dan mengingati setiap konsep dan istilah dalam Biologi bagi tajuk nutrisi.


Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan kerana pelajar sering bermasalah dalam memahami isi kandungan bagi subjek Biologi.
1. Pelajar sering melihat subjek biologi sebagai subjek yang membosankan
2. Kaedah peta minda di pilih kerana ianya dilihat sebagai salah satu kaedah motivasi yang dapat merangsang para pelajar mengingat dengan lebih mudah dan interaktif

Metodologi kajian
Kajian ini di jalankan selama 4 minggu dan melibatkan pelajar dari kelas 4 Al-Biruni dan 4 Al-Kindi seramai 60 orang pelajar.

Antara metodologi yang digunakan:
1. Pemerhatian
• Tingkah laku pelajar
• Kerjasama dan interaksi sesama pelajar
• Kreativiti hasil pembentangan peta minda
2. Borang Kaji Selidik
3. Temubual

Kriteria Penilaian

PEMERHATIAN

Tingkah laku pelajar
1. Berminat melakukan tugasan yang di beri
2. Memberi reaksi yang positif ketika bekerjasama
3. Keadaan kelas terkawal

Kerjasama dan interaksi sesama pelajar
1. Kerjasama yang positif di kalangan pelajar
2. Tiada ahli yang mengambil kesempatan

Kreativiti hasil pembentangan peta minda
1. Pelajar bijak mempersembahkan isi kandungan dalam bentuk yg efektif dan padat


BORANG KAJI SELIDIK

1. Pemahaman

2. Suasana Keseronokkan

3. Komunikasi Berkesan

TEMUBUAL

Dapatan Kajian

1.
Pemerhatian
a. Pelajar lebih aktif dan bersemangat ketika melakukan tugasan.
b. Pelajar tidak kekok berinteraksi dalam kumpulan
c. Hasil pembentangan yang kreatif dan memuaskan
d. Pelajar kurang tepati masa



2. Borang kaji selidik
a. Berdasarkan borang soal selidik, didapati penggunaan kaedah peta minda ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik yang diajar, dapat mengusai topik dengan tepat dan cepat.

3. Temubual
Hasil daripada temubual kebanyakan pelajar mengatakan kaedah peta minda:
1. Memberi gambaran lebih jelas tentang isi pengajaran
2. Perlu ada keperluan kaedah kuliah di awal pengajaran
3. Peta minda penting sebagai aktiviti pengukuhan pelajar
4. Lebih menggemari kaedah pembelajaran bersifat dua hala-lebih mudah mengingati fakta
5. Kaedah peta minda lebih bersifat interaktif dan pelajar dapat bertukar idea tentang sesuatu perkara.
6. Kaedah peta minda membantu dalam komununikasi antara pelajar

Wednesday, November 4, 2009

Meningkatkan Pemahaman Pelajar Melalui Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Media Elektronok (Klip Video).

Pembentang: Siti Sarah Binti Udzir & Nur Aznida Binti Talib

Tujuan kajian :
1. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran dengan menggunakan bahan bantu mengajar media elektronik (Contohnya : klip video).

2. Untuk menggalakkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) elektronik dalam proses P&P, menyediakan proses P&P yang lebih menarik dan berkesan serta menggalakkan penglibatan pelajar di dalam kelas.

Persoalan kajian

1. Adakah penggunaan klip video dapat meningkatkan pemahaman pelajar?

2. Adakah penggunaan klip video menggalakkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas?

Metodologi kajian

Kajian ini dilaksanakn di Sekolah Alam Shah, Putrajaya. Respondent adalah seramai 21 orang dari tingkatan 4 dan 17 orang dari tingkatan 1.

4 peringkat iaitu reflek, rancang, bertindak & memantau.

Pengumpulan data pula melalui :
• penilaian kendiri
• soal selidik
• pemerhatian
• temubual dan kuiz.

Dapata Kajian
1. Dari aspek penilaian kendiri, penggunaan video dalam set induksi menyoronokkan pelajar dan mungkin dapat meningkatkan kefahaman pelajar.

2. Sebanyak 94% pelajar menyatakan guru sebelum ini hanya menggunakan BBM media elektronik dalam P&P adalah sebanyak 1-3 kali sebulan dan hanya menggunakan aplikasi powerpoint sahaja.

3. Dari segi pemerhatian, didapati pelajar seronok, tidak mengantuk & menumpukan perhatian apabila guru menggunakan media elektronik (klip video)sebagai BBM .

4. Dalam temubual yang diajalnkanl pula, pelajar lebih seronok kaedah ini kerana sebelum ini guru hanya menggunakan kaedah 'chalk & talk' yang membosankan dan yang terakhir aspek kuiz, dalam subjek pendidikan Islam belaku peningkatan sebanyak 100% manakala dalam subjek biologi berlaku peningkatan sebanyak 75%.

Cadangan Penambahbaikan

Kajian ini ialah tayangan video perlu diberhentikan seketika pada bahagian penting untuk guru memberi penerangan lanjut atau untuk menilai pemahaman pelajar dengan bertanya soalan dan meminta pendapat mereka serta, memastikan video yang digunakan mempunyai gambar dan suara yang jelas dan jika di dalam bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan mudah difahami dengan sebutan yang jelas dan tidak terlalu cepat serta menyediakan tugasan sebelum menayangkan video.